Tuesday 8 December 2015

Mesyuarat KETIGA ALK KBP - 3/2015 @ EPL Cafe KL

MESYUARAT  ALK
EPL Cafe, W.P. KUALA LUMPUR
Isnin, 7 Disember 2015
oleh AHM


 ( Penolong Setiausaha bersama ALK Jaringan Perniagaan )

Mesyuarat ketiga ALK KBP telah dijalankan pada hari Isnin 7 Disember 2015. 

Saturday 5 December 2015

Serahan Dokumen Pembetulan kepada SKM Temerloh


( Saudara Redza mewakili KBP, menyerahkan dokumen pembetulan )

Lanjutan dari Surat bertajuk Tindakan Pembetulan yang diterima dari SKM (rujuk  catatan November 2015), pihak KBP melalui wakilnya saudara Redza telah menyerahkan dokumen yang telah diperbetulkan kepada SKM Temerloh hari ini.

Wednesday 25 November 2015

BIDAAN NO.AHLI KBP BERMULA.

BIDAAN NO
Rabu, 25 November 2015
oleh AHM


BIDAAN NO.AHLI KBP BERMULA.

NO. Bidaan adalah dari 01 - 99.

TARIKH TUTUP: 12 / 12 / 2015, Jam 10.00 Pagi

Thursday 5 November 2015

Mesyuarat KEDUA ALK KBP - 2/2015 @ EPL Cafe KL

MESYUARAT  ALK
EPL Cafe, W.P. KUALA LUMPUR
Khamis-Jumaat, 5(9 malam)-6(12.30 t/malam) November 2015
oleh AHM


 ( Bendahari, YDP & NYDP bersama Penasihat Syariah )




Mesyuarat kedua ALK KBP telah diadakan pada hari Khamis 5 November 2015. 
Mesyuarat bermula jam 9 malam dan berakhir sekitar jam 12.30 tengah malam keesokan harinya.

Butiran Mesyuarat ALK KBP;-

Tarikh: Khamis, 5 November 2015
MasaJam 2100 - 1230 (Jumaat, 6 November 2015)
Tempat EPL Cafe, W.P. KUALA LUMPUR



Mesyuarat dihadiri oleh 9 ALK dan 2 Ahli Jemputan.

Surat dari SKM - "Tindakan Pembetulan"

( Surat SKM Pahang bertarikh 3 November 2015 )

Saturday 17 October 2015

NOTIS kepada AHLI - 2A/2015: KHAIRAT KEMATIAN (Untuk AHLI Sahaja) - Kutipan Tahunan.

NOTIS AHLI - 2A/2015
Sabtu, 17 Oktober 2015
oleh AHM


NOTIS AHLI - 2A/2015
KHAIRAT KEMATIAN - Untuk AHLI Sahaja
Kutipan RM10 Setahun (RM SEPULUH Sahaja)

(1) Rujuk Notis Ahli 2/2015 bertarikh 14 Oktober 2015.

(2) Jemaah ALK KBP telah bermesyuarat untuk PERTAMA kalinya dari Jam 10.00 malam, hari Selasa 13 Oktober 2015 hingga Jam 1.00 pagi, hari Rabu 14 Oktober 2015 di Restoran Al Barkath, Oasis Damansara, SELANGOR DARUL EHSAN.


(3) KUTIPAN TAHUNAN KHAIRAT KEMATIAN untuk AHLI Sahaja

Jemaah ALK KBP telah memutuskan bahawa bagi Ahli KBP ,
A. Kutipan tahunan untuk Tabung Khairat Kematian KBP akan dilakukan.

B. Wang Khairat yang perlu disumbang oleh ahli KBP adalah sebanyak RM10 (Ringgit Malaysia SEPULUH Sahaja).

(4) Ahli KBP juga digalakkan menderma kepada Tabung Kebajikan & Khairat KBP.



(5) Jika ada sebarang Pertanyaan atau Kemuskilan, sila hubungi:- 
A. ALK, Kebajikan & Khairat - OP Hj.Azlin Ghazali; 
B. Setiausaha - OP Kapten (Bersara) Ahmad Sazeli; atau/dan,
C. Bendahari - OP Rustardza Ramli



Harap Maklum.



Amirul HM
ALK. Komunikasi & Tugas-Tugas Khas
17 Oktober 2015

Friday 16 October 2015

NOTIS kepada AHLI: 3/2015. SAHAM PERMULAAN & PENAMBAHAN SAHAM AHLI

NOTIS AHLI - 3/2015
Jumaat, 16 Oktober 2015
oleh AHM


NOTIS AHLI - 3/2015
SAHAM PERMULAAN (RM200)
& PENAMBAHAN SAHAM AHLI KBP



(1) Jemaah ALK KBP telah bermesyuarat untuk PERTAMA kalinya dari Jam 10.00 malam, hari Selasa 13 Oktober 2015 hingga Jam 1.00 pagi, hari Rabu 14 Oktober 2015 di Restoran Al Barkath, Oasis Damansara, SELANGOR.

(2) SAHAM PERMULAAN KBP

Para ahli sedia maklum berdasarkan pengumuman yang dibuat pada 12 September 2015 iaitu semasa Mesyuarat Penubuhan KBP bahawa Saham Permulaan untuk menjadi ahli KBP adalah berjumlah RM200.00 (Ringgit Malaysia: DUA Ratus Sahaja).

(3) PENAMBAHAN SAHAM KBP

Semasa mesyuarat Jemaah ALK yang pertama pada 13 Oktober 2015, Jemaah ALK telah memutuskan perkara yang berikut:-

A. Gandaan Penambahan Saham
Ahli KBP yang berminat untuk menambah saham KBP hendaklah menambah saham dalam Gandaan RM200.00 (Ringgit Malaysia: DUA Ratus Sahaja).

Contoh 1:
Dol menyerahkan RM177.00 kepada Bendahari sebagai penambahan Saham Ahli peribadi Dol.

Nota: Bendahari akan memulangkan RM177.00 kepada Dol kerana jumlah tidak memenuhi syarat Gandaan RM200.

Contoh 2:
Uzir mendeposit RM1,300 ke dalam Akaun Bank KBP sebagai penambahan Saham Ahli Uzir.

Nota: Bendahari akan HANYA menerima RM1,200.00 daripada Uzir. 
RM100.00 akan dipulangkan kepada Uzir kerana jumlah RM100.00 tidak memenuhi syarat Gandaan RM200.


B. Maksima Penambahan Saham
Maksima Penambahan Saham adalah RM4,000.00 (Ringgit Malaysia: EMPAT Ribu Sahaja ).

Contoh 1:
Hazwan memberi RM5,000 kepada NYDP untuk penambahan Saham Ahli.

Nota 1: Bendahari akan HANYA menerima RM3,800.00 daripada Hazwan. 
Wang selebihnya(Rm1,200) akan dipulangkan kepada Hazwan kerana jumlah telah melebihi had maksima penambahan.


Contoh 2:
Redza seorang broker kapal perang menyerahkan RM2.6 Billion kepada YDP untuk penambahan Saham Ahli Redza.

Nota 1: Bendahari akan HANYA menerima RM3,800.00 daripada Redza. 
Wang selebihnya akan dipulangkan kepada Redza kerana jumlah telah melebihi had maksima penambahan.

Nota 2: Setelah wang dipulangkan ALK Tugas Khas seharusnya perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa dengan mengambil kira Akta-akta yang berkaitan.


(4) Sebarang Pertanyaan atau Kemusykilan mengenai perkara-perkara di atas, sila hubungi:
A. Bendahari KBP - OP Rustardza Ramli; atau/dan
B. Setiausaha KBP - OP Kapten(B) Ahmad Sazeli Sabar.

Harap Maklum.


Amirul HM
ALK, Komunikasi & Tugas-Tugas Khas
16 Oktober 2015



Thursday 15 October 2015

NOTIS kepada AHLI - 1A/2015: SENARAI JEMAAH ALK KBP

NOTIS AHLI - 1A/2015
Khamis, 15 Oktober 2015
oleh AHM


NOTIS AHLI - 1A/2015
SENARAI JEMAAH 
Ahli Lembaga Koperasi(ALK) - KBP (Pindaan)


(1) Jemaah ALK KBP telah bermesyuarat untuk PERTAMA kalinya dari Jam 10.00 malam, hari Selasa 13 Oktober 2015 hingga Jam 1.00 pagi, hari Rabu 14 Oktober 2015 di Restoran Al Barkath, Oasis Damansara, SELANGOR DARUL EHSAN.


(2) SENARAI JEMAAH Ahli Lembaga Koperasi KBP (Pindaan)

A. Senarai Jemaah ALK KBP telah diumumkan kepada ahli-ahli KBP melalui media sosial pada bulan September 2015 .

B. Walaubagaimnapun, atas sebab-sebab pematuhan undang-undang dan tadbir urus(governance), suatu rombakan kecil perlu dilakukan.

C. Justeru itu, Jemaah ALK telah memutuskan bahawa nama-nama berikut adalah senarai terkini Jemaah ALK KBP sehingga Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi yang seterusnya;-

Yang DiPertua (YDP) - OP Haji Razuan Sahan
Naib Yang DiPertua (NYDP) - OP Nur Faezal Elias
Setiausaha - OP Kapten (Bersara) Ahmad Sazeli Sabar
Penolong Setiausaha - OP Mohd. Dolhatta Abdullah
Bendahari - OP Rustardza Ramli

ALK
Kebajikan & Khairat - OP Haji Azlin Ghazali
Jaringan Perniagaan - OP Harris Fadzilla Mohd.Ramli
Geran & Pembiayaan - OP Mohd. Fauzi Onn
Panel Penasihat Syariah & Perantara Kerajaan
-
OP Lt. Kol. Haji Azizan Poniran
Komunikasi & Tugas-tugas Khas
-
OP Amirul HM



Mohon para Ahli KBP memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Jemaah ALK KBP untuk memudahkan perjalanan dan pengurusan KBP.

Harap Maklum.



Amirul HM
ALK, Komunikasi & Tugas-Tugas Khas
15 Oktober 2015

Wednesday 14 October 2015

NOTIS kepada AHLI - 2/2015: KHAIRAT KEMATIAN (Untuk AHLI Sahaja)

NOTIS AHLI - 2/2015
Rabu, 14 Oktober 2015
oleh AHM


NOTIS AHLI - 2/2015
KHAIRAT KEMATIAN - Untuk AHLI Sahaja
Jumlah RM1,000 (RM SATU Ribu Sahaja)

(1) Jemaah ALK KBP telah bermesyuarat untuk PERTAMA kalinya dari Jam 10.00 malam, hari Selasa 13 Oktober 2015 hingga Jam 1.00 pagi, hari Rabu 14 Oktober 2015 di Restoran Al Barkath, Oasis Damansara, SELANGOR.


(2) KHAIRAT KEMATIAN untuk AHLI Sahaja

Jemaah ALK telah memutuskan bahawa bagi Ahli KBP yang meninggal dunia,
warisnya akan menerima Wang Khairat berjumlah RM1,000 (Ringgit Malaysia SATU Ribu Sahaja). 

(3) Sekiranya mana-mana Ahli KBP mendapat berita tentang kematian mana-mana Ahli KBP, Jemaaah ALK memohon agar dimaklumkan kepada:-

ALK, Kebajikan & Khairat - OP Hj.Azlin Ghazali 
dan / atau
Bendahari - OP Rustardza Ramli

untuk tindakan seterusnya.

Harap Maklum.



Amirul HM
ALK. Komunikasi & Tugas-Tugas Khas
14 Oktober 2015

Tuesday 13 October 2015

Mesyuarat Pertama ALK KBP - 1/2015 @Oasis Damansara


( Oasis Damansara )

( Restoran Al Barkath )




MESYUARAT  ALK
Oasis Damansara, SELANGOR
Selasa-Rabu, 13(10 malam)-14(1 pagi) Oktober 2015
oleh AHM


Sempena mengambil berkat Tahun Baru 1437 Hijrah, mesyuarat pertama ALK KBP telah diadakan pada hari Selasa 13 Oktober 2015. Mesyuarat bermula jam 10 malam dan berakhir sekitar jam 1 pagi keesokan harinya.

Butiran Mesyuarat ALK KBP;-

Tarikh: Selasa, 13 Oktober 2015
Masa: Jam 2200 - 0100 (Rabu, 14 Oktober 2015)
Tempat: Restoran Al Barkath, Oasis Damansara, SELANGOR

Mesyuarat Dihadiri oleh 8 ALK dan seorang Ahli Jemputan (yang merupakan seorang Pemilik Perniagaan). Antara perkara yang dibincangkan adalah:-
(1) Tadbir Urus KBP
(2) Kebajikan Ahli
(3) Khairat Ahli
(4) Saham Ahli
(5) Cadangan & Pelan Perniagaan KBP
(6) Kewangan
(7) Perkara Berbangkit
(8) Tarikh Mesyuarat ALK seterusnya - 5 November 2015.

Harap Maklum.






Friday 9 October 2015

Penyerahan Dokumen Koperasi di Temerloh, PAHANG.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 
( OP Zaidi Zainal & OP Mohd Redza,
Wakil KBP menyerahkan dokumen yang diperlukan di Pahang )


URUSAN  KERAJAAN
Temerloh, PAHANG
Jumaat, 9 Oktober 2015
oleh AHM


Selesai Mesyuarat Penubuhan Koperasi pada 12 September 2015 di Wisma OPA, Saujana Resorts-Selangor dokumen yang diperlukan hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa dalam masa 30 hari.

Hari ini, wakil Koperasi iaitu En. Zaidi Zainal dan En. Mohd. Redza mengemukakan dokumen koperasi yang diperlukan di Pahang.


Sunday 4 January 2015

Perbincangan Awal Penubuhan Koperasi @Wisma OPA

( Wisma OPA - Saujana Resort, Jan.2015 )


PERBINCNGAN
Sabtu, 3 Januari 2015

oleh AHM

3 Januari 2015